Tuesday, December 5, 2017

"Misi Solat Di Seribu Masjid" - Pengenalan

Sewaktu blog ini diujudkan beberapa bulan selepas pulang dari menunaikan Rukun Islam ke 5 pada tahun 2010 iaitu menunaikan fardhu Haji di Mekah, di antara pengisiannya adalah ziarahku di masjid-masjid. 

Tetapi aku gagal menulis entri tentang masjid-masjid yang pernah ku kunjungi.

Sewaktu aku berkursus Usahawan Mutawwif Profesional (UMP) di bulan Oktober lalu, keinginanku untuk kembali menziarahi dan bersolat di Masjid Al Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah kembali membuak-buak. Bukan itu sahaja, keinginanku untuk menziarahi dan bersolat di Masjid Al Aqsa semakin berputik. 

Tidak perlulah ku nyatakan lagi apa kelebihan ketiga-tiga masjid ini. Bacalah hadis di bawah yang bersumberkan dari URL ini.

Hadis Kelebihan Bersolat di Masjid Al Haram dan Masjid Nabawi

Memandangkan sekarang aku berpeluang untuk bersolat di masjid-masjid di sekitar Lembah Kelang, aku telah menetapkan satu MISI iaitu "Misi Solat Di Seribu Masjid"

Insya Allah, aku akan berkongsi gambar-gambar dan info setiap masjid yang pernah aku kunjungi untuk bersolat. Semoga usaha dan misi ini menjadi satu galakan kepada diri aku dan saudara-saudara seIslam ku semua untuk rajin solat berjemaah dan mendatangi masjid. Semoga masjid dapat dimertabatkan dan jadi pusat sehenti kepada semua.

Banyak persoalan2 yang boleh ditanya tentang masjid.

Masjid apa yang mula didirikan oleh Rasulullah dan sahabat2nya?

Masjid apa yang mula dibina di setiap negeri dan di Malaysia?

Berapa banyak masjid yang ada di seluruh Negeri Selangor?

Berapa banyak masjid yang ada di seluruh Malaysia?


Monday, December 4, 2017

Pengumuman - Penyerahan Keputusan PT3 2017

Berikut adalah info penting tentang Penyerahan  Keputusan Pt3 2017


Hari: Khamis
Tarikh: 14 Disember 2017
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Skylite, SMK SBU
Pakaian: Uniform Lengkap Sekolah


Nota:
Mohon pastikan urusan berikut diselesaikan sebelum mengambil keputusan:

1. Bayaran tambahan persekolahan
2. Sumbangan PIBG
3. Buku Teks SPBT
4. Pemulangan Buku Teks

Tk
YDP PIBG & KSIB SMK SBU

Wednesday, July 26, 2017

Penyusunan Semula Biro2 PIBG KSIB SMK SBU

Penyusunan semula Biro-Biro PIBG & KSIB SMK SBU telah dilakukan baru-baru ini. Ia dilakukan untuk memantapkan organisasi agar lebih efektif dan efisien.

1. Biro Kurikulum  (Akademik dan ICT)
Pengerusi          : Datin Hairiah Bt Mohd Tahir
Ketua Biro        : Puan Ooi Siew Chin
Pen.Ketua Biro : Puan Mohny Devi a/p Gurdev Singh
AJK Ibu bapa    : Inspektor Suhana
Guru                  : Puan Siti Khadijah (GBKSM)


2. Biro HEM (Penyelenggaraan & Peralatan, 3K, Surau, dan  Sahsiah Murid)

Pengerusi            : Puan Faridah Bt Mohd Yunus
Ketua Biro          : Encik Mohd Yusof Bin Hanif
Pen. Ketua Biro  : Puan Rusidah Bt Ismail
Guru                   : Encik Arman Bin Ilyas
                             Encik Mohd Haizul Nizam Bin Ibrahim 
                             Puan Hing


3. Biro Kokurikulum dan Sosial

Pengerusi                   : Puan Ruzila Bt Yusoff
Ketua Biro                 : Encik Vinod Anand a/l Guna Segaran
Penolong Ketua Biro : Encik Abdullah Bin Md. Yunos
Guru                           : Puan Hazlinda Bt Ramli


4. Biro Ekonomi dan Kebajikan

Pengerusi   : Puan Ruzila Yusoff
Ketua         : Puan Kunavathiammal a/p Kanagasabai
Pen. Ketua : Puan Gouri Norton
AJK Guru  : Puan Shadrina Bt. Shahruddin
                    Puan Rozita


5. Biro Aduan

Pengerusi   : Datin Hairiah Bt. Mohd Tahir
Ketua         : En. Indran  a/l  Subrumanian
AJK Guru  : Puan Hawa


6. Biro Asrama

Pengerusi  : Puan Faridah Yunus
Ketua        : Encik Azmi Bin Abd Rahim


7. Permuafakatan

En. Mohammed Nazli Bin Kamaruddin

Tuesday, July 4, 2017

MAJLIS RAMAH MESRA AIDIL FITRI SMK SERI BINTANG UTARA 2017

Persatuan Ibu Bapa & Guru sesi 2017/2018 akan menganjurkan _ Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri SMK Seri Bintang Utara 2017_ buat pertama kalinya menurut ketetapan berikut:

Tarikh    : 22 Julai 2017 (Sabtu)
Masa     : 3.00 – 6.00 petang
Tempat  : Dataran Skylite SMKSBU
Pakaian : Baju Kebangsaan & Kasual
Tema     : KEMERIAHAN SYAWAL DIRAIKAN BERSAMA

YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dengan segala hormatnya dijemput untuk sama-sama merayakan hari yang mulia ini.  Antara acara yang akan diadakan ialah persembahan serta penyampaian sumbangan Aidil Fitri  yang akan diserahkan kepada murid yatim, murid yatim piatu, murid asnaf, serta ahli PIBG yang kehilangan anggota keluarga. 

Para tamu juga digalakkan untuk sama-sama membawa juadah memandangkan Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri SMK Seri Bintang Utara 2017_ akan diadakan secara “Pot-Luck”.

Ibu bapa yang berminat untuk memberikan sumbangan tenaga sebagai AJK Pelaksana Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri SMK Seri Bintang Utara 2017 serta yang berminat memberikan sumbangan wang ringgit adalah dialu-alukan.

Pihak kami telah pun mengeluarkan surat makluman & memohon sumbangan yang akan dihantar melalui anak-anak YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan berhubung dengan perkara ini YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dipohon untuk berhubung dengan Saudara Abdullah Bin Md Yunos, di talian 019-3003054.

Kerjasama dan komitmen  serta pemahaman daripada pihak YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terimakasih.

Dengan ikhlasnya,

ABDULLAH BIN MD YUNOS
Ketua Biro AKSB,, SURAU & ICT

Wednesday, June 21, 2017

Dari Meja YDP SMK SBU ... SUMBANGAN IKHLAS

Salam sejahtera kepada semua ibu bapa SMKSBU

Dato'/ Datin/ Dr / Tuan / Puan...'

SUMBANGAN IKHLAS

Kami sebagai wakil PIBG amat terharu dan berterima kasih dengan sumbangan-sumbangan yang tuan puan dalam menjayakan 2 aktiviti PIBG iaitu Majlis Ramah Mesra PIBG dan KSIB pada bln April dan Majlis Sambutan Hari Guru pada bulan Mei yang lalu.   TERIMA KASIH.

Dalam bulan Ramadan yang mulia, saya selaku YDP ingin memohon sekali lagi sekiranya ada ibu bapa sama ada muslim ataupun non muslim untuk turut sama membantu PIBG dalam memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim SMKSBU dan anak-anak miskin SMKSBU serta ahli SMKSBU yang baru kehilangan ahli keluarga agar mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti insan-insan yang lain. 

Justeru itu, pihak PIBG akan melampirkan sehelai surat makluman dan senarai penyumbang untuk anak-anak miskin / keluarga miskin / anak-anak yatim di dalam kelas semasa Hari Pengambilan Kad Kemajuan pada hari ini. 

Mohon tuan puan dapat memberikan sedikit sumbangan ikhlas .

Pihak PIBG dengan bantuan pihak sekolah akan mengagihkan wang sumbangan ini pada hari Khamis nanti semasa majlis khatam Al-quran. 

Jika ada sumbangan lebih, PIBG mewakili tuan puan yang memberikan sumbangan ini utk membeli barang peralatan masak untuk keluarga miskin  di SMKSBU. 

Dalam bulan yang mulia ini dan atas semangat kekeluargaan antara ibu bapa SMKSBU ...diharap akan memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Bagi ibu bapa yang bertanyakan tentang status  sumbangan PIBG ... duit itu HANYA digunakan untuk bahagian-bahagian yang telah dipersetujui dalam AGM lepas.

CATATAN:
Apabila ada majlis atau program yang perlu dibuat atau diadakan untuk merapatkan hubungan... maka kutipan sebegini akan diadakan.

Terima kasih.

Ikhlas...

Indran Subrumanian
YDP PIBG 2017/2018.

Saturday, May 27, 2017

Sambutan Hari Guru SMK SBU 2017

Majlis Sambutan Hari Guru 2017 di SMK SBU telah pun berlansung pada hari Khamis, 25/5/2017. Bagi pihak AJK PIBG & KSIB, Admin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan kewangan, tenaga sebagai ajk pelaksana dan kek untuk sambutan Hari Guru SMK SBU 2017 tersebut. 

surat YDP PIBG kepada ibu bapa berkenaan Hari Guru SMK SBU 2017

Berikut adalah lensa Majlis Sambutan Hari Guru SMK SBU 2017.

Para Guru SMK SBU
 
wajah2 ceria

Kek-kek sumbangan ibu bapa murid SMK SBU.

kek 1

kek 2

kek 3
Berikut pula adalah ucapan Hari Guru dari ibu bapa pelajar SMK SBU kepada semua guru dan pendidik SMK SBU.

ucapan 1

ucapan 2

ucapan 3

ucapan 4

ucapan 5

SELAMAT HARI GURU!

Pemenang Ikon Akademik Hari Guru Wilayah Persekutuan 2017 - Cikgu Lee

Bagi pihak PIBG & KSIB SMK SBU, Admin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Lee Saw Im, seorang guru SMK SBU, yang telah dinobatkan sebagai IKON AKADEMIK di Majlis Perayaan Hari Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah diadakan pada 25hb Mei lepas. 

Perasmian majlis dan penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan iaitu YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansur.

Sambutan Hari Guru Wilayah Persekutuan

1

Cikgu Lee menerima hadiah

4

Nota: Admin ada terserempak Cikgu Lee di kantin pada hari tersebut. Admin bercadang ingin menemubual Cikgu Lee tetapi tidak kesampaian.