Wednesday, April 19, 2017

Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU


Pada hari Ahad, 16hb April PIBG SMK SBU telah menjalankan satu program yang diberi nama MAJLIS RAMAH MESRA PIBG & KSIB/PIBK. Admin yakin ramai ibu bapa yang sudah tahu apa itu PIBG atau PTA akronim Bahasa Inggerisnya. Tetapi Admin yakin ada sebahagaian ibu bapa yang baru mendengar tentang KSIB. 

Bunting program

KSIB adalah singkatan kepada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa. KSIB merupakan sebahagian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2023 dalam anjakan ke-9. Penubuhan KSIB adalah di bawah Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa.

Tujuan utama KSIB diujudkan adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama antara sekolah, ibu bapa dam komuniti bagi menggalakkan ib bubapa dan komuniti lebih terlibat dalam pembelajaran murid. Sarana PIBG dan Sarana Sekolah ini akan melibatkan sesiapa sahaja yang bertanggung jawab terhadap kebajikan anak dan terlibat secara aktif dengan pendidikan anak tersebut. Ini amat bertepatan dan seiring dengan dasar dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkupayaan mencapai kesejahteraan diri. 

Pendaftaran Ibu Bapa

Berikut adalah statistik kehadiran ke Majlis Ramah Mesra ini.

AJK PIBG: 7 org

Pentadbir & Guru: 33 org

Pelajar yg membantu: 21 org

Ibu Bapa / Penjaga:
Tingkatan 1 - 20 org
Tingkatan 2 - 14 org
Tingkatan 3 - 20 orang
Tingkatan 4 - 8 org
Tingkatan 5 - 11 org

Admin berharap lebih ramai ibu bapa yang akan sertai program anjuran PIBG SMK SBU di masa hadapan kerana tiada lagi alasan tidak dapat info dan maklumat dengan adanya blog ini dan FB Group yang telah diujudkan. 

Untuk makluman, pautan FB Group adalah https://www.facebook.com/groups/189046271613492/
FB Group adalah tertutup dan perlukan pengesahan dengan memberikan nama ibu bapa dan anak-anak serta maklumat Tingkatan dan Kelas mereka.

Buku Aturcara Program

Bacaan Doa sebelum majlis bermula
Ucapan YDP PIBG SMK SBU 2017/2018
En Indran A/L Subrumanian

Ucapan Perasmi - Pengetua Cemerlang SMK SBU
Pn Siti Rogayah bt Yahya

Di antara ibu bapa, ajk PIBG dan pentadbir serta guru-guru SMK SBU yang dapat hadir.

Foto 1

Foto 2 - santai-santai

Foto 3

Enam biro telah dilancar dan dirasmikan dalam program ini. Maklumat lanjut tentang keenam-enam biro ini akan paparkan dalam entry blog berikut.


No comments:

Post a Comment